Bukan Berita Online Biasa

Mahkamah Rayuan Ketepi Rayuan Saman Fitnah Shila Amzah

Mahkamah Ketepi Rayuan Saman Fitnah Shila Amzah

in Artis/Utama & Sensasi

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah dikemukakan penyanyi Shila Amzah terhadap seorang wartawan hiburan dan dua yang lain.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim sebulat suara menolak rayuan Shila.

Wong, yang mempengerusikan panel itu, mendapati Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnaini Saub tidak terkhilaf dalam menangani semua isu dalam penghakimannya.

Beliau memerintahkan Shila, nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Bhd., membayar kos RM20,000 kepada tiga responden iaitu pemberita hiburan Kosmo, Maliah Surip, editor dan penerbit akbar berkenaan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Pada 16 Januari 2015, Shila dan syarikatnya memfailkan saman terhada[p responden dengan mendakwa Maliah menulis beberapa artikel berbaur fitnah berkaitan konsertnya ‘Live in Malaysia’ di Mega Star Arena, yang disiarkan Kosmo pada 17 September 2014.

Shila dan syarikatnya menuntut pampasan, kos tambahan dan relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Pada 31 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak saman penyanyi itu dan keputusan itu mendorongnya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya, Rosnaini mendapati artikel yang disiarkan Kosmo itu dibuat di bawah keistimewaan bersyarat. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top