Bukan Berita Online Biasa

Majlis Keselamatan PBB Adakan Mesyuarat Tergempar

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat, untuk membincangkan tindakan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

“Perancis, bersama dengan Bolivia, Mesir, Itali, Senegal, Sweden, United Kingdom dan Uruguay, meminta diadakan mesyuarat tergempar,” kata wakil misi Perancis di PBB, Aymeric Chuzeville menerusi Twitter, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau menerusi satu lagi status yang dimuat naik menerusi twitternya menulis, mesyuarat itu dijadual diadakan pada pagi Jumaat.

Perancis menentang kuat keputusan AS yang diumumkan Trump pada awal Rabu.

Kementerian Luar Perancis memetik Presiden Emmanuel Macron sebagai berkata, Paris menyokong penyelesaian dua negara yang menyeru rakyat Israel dan Palestin menjalani kehidupan yang selamat dan aman, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota kedua-dua negara.

“Kita perlu menyelesaikannya menerusi pendekatan penenteraman dan dialog,” kata Presiden Perancis. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top