Bukan Berita Online Biasa

Majlis Peguam Digesa Larang Hidangkan Arak

in Utama & Sensasi

SEORANG peguam Islam baru-baru ini telah mencadangkan usul murni, iaitu larangan hidangan arak dalam acara mesyuarat tahunan, yang dianjurkan setiap tahun oleh Majlis Peguam Malaysia.

Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor mengfailkan usul berkenaan dan kemudian dibawa pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu yang berlangsung pada Sabtu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Amir Bahari di kalangan rakan sekerja mengatakan bajet untuk menganjurkan sesuatu acara meningkat sehingga 40 peratus apabila minuman keras dihidangkan.

Peningkatan penggunaan alkohol akan membahayakan seseorang dan dari segi kesihatan ia akan membawa kepada ketagihan dalam jangka masa yang panjang,” katanya.

Amir juga mengatakan anggota Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum serta agama yang berbeza namun majoriti kesemuanya sedia maklum melarang pengambilan alkohol.

Usulnya itu turut menerima sokongan daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di mana pengguna arak menyebabkan ramai peguam beragama Islam merasa keberatan untuk hadir ke mesyuarat tahunan badan itu.

Pengerusinya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata amalan menghidangkan arak sewaktu acara badan tertinggi peguam itu sesuatu yang sudah lama berlaku.

Di peringkat awal amalan guaman saya, memang sangat berleluasa minum arak di khalayak awam. Sekarang ini masih lagi ada, cuma tidak sangat terbuka.

Ini yang menjadikan ramai peguam Islam agak keberatan termasuk saya untuk pergi,” katanya.  –MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top