Bukan Berita Online Biasa

Memang La Best Maki Najib Waktu Ni Kan

in Politik/Utama & Sensasi

RAMAI yang buat-buat marah Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Amerika Syarikat (AS) umum iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru Israel.

Amendenya bro… AS adalah negara kuasa ekonomi dan ketenteraan terbesar dunia. Pengaruhnya harus dilihat daripada sudut realistik dan bukannya emosi.

Di Malaysia, harga minyak naik satu sen pun korang dah menggelupur marah. Kalau korang nak lawan AS, dia bantai buat sekatan ekonomi, barang makan tetiba takda, duit nak bayar gaji takda, minyak melambung jadi berpuluh ringgit seliter.

Macam-macam azab dan sengsara datang, masa tu kau orang ingat kau orang punya rasa gagah nak tunjuk hebat kat AS boleh membantu? Kau punya perangai keyboard warrior boleh isi perut orang masa tu?

Hakikatnya, negara-negara Arab yang lagi besar dan kaya macam Arab Saudi pun hanya mampu melihat. Diorang pun tangan kaki umpama terikat.

Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) entah ke mana mampusnya. Be realistic la bro. Jangan jadi bodoh sangat. Tahu nak maki Najib…

Sedangkan orang tu di kala harga minyak dunia jatuh, pendapatan Petronas dan negara merundum dia duk pergi sana sini cari pelaburan. Nak pastikan ekonomi negara terus kukuh.

Sedihnya, pergi mana pun kena maki…kena kutuk. Pergi AS kena kutuk… pergi China kena kutuk (dikata jual negara), pergi India pun sama.

Apabila harga minyak jatuh merundum sejak beberapa tahun lalu, kita terjejas tetapi tidak la terlalu teruk.

Berkat pemimpin kita yang bekerja keras. Cuma banyak auta dan gebang Cina DAP yang kita telan tanpa mahu berfikir.

Orang Islam dan Melayu guna la akal sikit. Jangan terlalu terbawa dengan propaganda diorang.

Puak tu nak kuasa, nak tadbir negara ni. Mereka akan spin dan pusing ubah fakta untuk nampak buruk.  Fikir la sikit kat situ.

Contohnya, kalau Najib mengekalkan hubungan baik dengan China dikatakan jual negara, bayangkan apa pulak DAP akan buat andai berkuasa kelak?

Negara nenek moyang yang mereka masih agungkan tu. Mahu ditukar bin terus silap hari.

Yang ada kat sini, tahu nak maki Najib aje. Kalau defend Perdana Menteri (PM) dikatakan makan dedak, mengampu dan sebagainya.

Apa yang boleh kita buat sangat apabila Amerika sudah memutuskan apa yang dorang nak buat. Satu dunia hanya mampu pandang je.

Memanglah best nak maki Najib waktu ni kan… Namun hakikatnya… Apa yang kita mampu buat?

Erdogan di Turki pun setakat mampu retorik dalam Parlimen dia saja pun. Isu Rohingya dulu pun camtu juga. Buat-buat sedih… Buat-buat melawat… Lepas tu senyap.

Sekurangnya kita dalam isu tu kita buat hospital medan apa semua di zon pelarian berhampiran Cox Bazaar. Bawa isu ke peringkat ASEAN sehingga wakil AS pun terpaksa bersuara.

Sehebat China pun belum mampu memecahkan hegemony AS di dunia ini. Sembang deras memang boleh tapi hakikat yang perlu kita depan itu lain.

Jadi, tak payah la spin banyak sangat pasal PM bila Trump memutuskan untuk iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Dunia Islam pun kaku, kau orang nak putar belit salahkan Najib pulak kat sini.

Bolehlah kita suarakan serba sedikit bantahan… Itu saja. Pasal yang negara-negara Islam yang lebih besar pun terus kepit telur… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Satu Hala

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top