Bukan Berita Online Biasa

Membina Jenama Muslim: Apa Peranan Iklan TV AlHijrah?

Membina Jenama Muslim: Apa Peranan Iklan TV AlHijrah?

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

15 OGOS lalu, TV AlHijrah melancarkan pakej iklan sensasi dengan nilai RM5 ribu dan RM10 ribu. Pakej ini kesinambungan setelah kejayaan Kempen Iklan Produk Ummah yang dilancarkan sejak Mei lalu.

Sejak Mei, terdapat lebih 200 jenama produk Muslim menyertai kempen ini sebagai usaha menakluk empayar TV yang selama ini sukar ditembusi jenama Industri Kecil & Sederhana (IKS) milik pengusaha Islam. Ia satu keraian TV AlHijrah kepada usahawan Muslim yang sukar menembusi katalis TV.

Kos iklan yang mahal menyebabkan IKS Muslim terabai dan tidak dipedulikan. Ini menyebabkan kebanyakkan usahawan terpaksa bergantung kepada kaedah konvensional.

“Kami memberikan aspirasi baharu kepada IKS Muslim. Kita mahu usahawan Islam setanding di mana juga platform pengiklanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Terdapat lebih 100 ribu jenama IKS Muslim dalam industri dengan saiz perniagaan melebihi RM5 bilion. Namun, kekangan meluaskan empayar jenama membuatkan kuasa pasaran usahawan IKS Muslim terbatas.

“Kami tawarkan harga 300 peratus lebih murah, sejajar dengan aspirasi kami mahu melihat kuasa jenama Muslim berkembang luas,” kata Izelan.

Bagi jenama yang sudah bersama dengan TV AlHijrah sejak tiga bulan lalu, pakej sensasi ini berjaya melonjakkan jualan dan edaran mereka. Sekali gus, membawa pulangan lumayan.

Selain siaran iklan, pakej sensasi ini turut menawarkan khidmat rundingan dan penghasilan video iklan tanpa caj tambahan.

“Pakej ini membantu usahawan Muslimah berusia 73 tahun mempromosi telekung bikinan tangan dari rumahnya sendiri. Malah, membolehkan dua anak muda mempromosi produk sabun mandi yang berkualiti tinggi,” kata Izelan.

Menyedari wujudnya ledakkan kuasa pemasaran dan pendapatan di kalangan usahawan Islam, TV AlHijrah tidak menoleh ke belakang.

“Kami lancarkan pakej HijrahFrenz dengan natijah yang jelas untuk memperkasakan jenama Muslim dengan harga yang mampu ditanggung oleh usahawan IKS terutama yang baru bertapak,” katanya pada Mynewshub.

Bagi usahawan yang berminat, jangan tunggu lagi. Usah malu untuk memulakan langkah menakluk empayar TV dengan jenama anda.

Produk Anda Berhak Popular! Kalau bukan kita sesama Islam saling bergandingan untuk mengukuhkan ekonomi ummah: Siapa lagi akan membantu kita?

Jom kita Iklankan jenama masing-masing!

BERMINAT UNTUK BERIKLAN? HUBUNGI AIDA DI TALIAN 018-273 7152 ATAU FATIN DI TALIAN – 014-637 2578 

ANDA JUGA BOLEH MENULIS EMAIL KE ALAMAT: advertisement@mynewshub.my

Membina Jenama Muslim: Apa Peranan Iklan TV AlHijrah?

Membina Jenama Muslim: Apa Peranan Iklan TV AlHijrah?

Membina Jenama Muslim: Apa Peranan Iklan TV AlHijrah?

Loading...
Tags:

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top