Bukan Berita Online Biasa

Monyet

Monyet Obes Berjaya Kurangkan Berat Badan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BANGKOK – Seekor monyet yang menghadapi masalah berat badan berlebihan kerana sering makan makanan ringan kini berjaya menurunkan berat badannya selepas menjalani diet yang ketat.

Monyet berekor panjang itu diselamatkan Pejabat Pemuliharaan Haiwan Liar Thailand selepas gambarnya dengan perut besar dan sedang makan makanan ringan tersebar di Internet.

Pejabat itu memberitahu, monyet itu sedia dilepaskan kembali selepas berat badannya turun sebanyak dua kilogram.

Monyet itu diselamatkan pada 4 Mei lalu di Monumen Khun Kala, lokasi pelancongan popular di daerah Bang Khun Thian di Bangkok.

Ketika diselamatkan, monyet itu langsung tidak boleh bergerak dan hanya duduk menunggu makanan yang diberikan pengunjung.

Doktor haiwan berkata, berat monyet berusia 15 tahun itu mencecah 27 kilogram manakala berat normal monyet dewasa adalah antara 10 hingga 15 kilogram.

“Kami menyediakan diet khas terdiri daripada buah-buahan dan sayuran serta menggalakkan monyet ini bergerak dan bersenam.

“Pemeriksaan mendapati perut monyet itu semakin kecil dan haiwan berkenaan semakin sihat,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top