Bukan Berita Online Biasa

Nabila Huda & Suami Jadi Hos Program Masakan

Nabila Huda & Suami Jadi Hos Program Masakan

in Artis/Utama & Sensasi

BUAT pertama kalinya pasangan suami isteri Nabila Huda dan Izwan Johar bergandingan menjadi hos program terbaru RTM, Selera Romantis yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Selera Romantis merupakan program yang mana pasangan ini akan berkongsi pengembaraan mencabar mereka menggunakan karavan sambil menyediakan makanan menggunakan bahan masakan tempatan.

Pengambaraan yang telah dijalankan di Australia pada tahun lalu ini bakal menemui penonton bermula Selasa ini dan akan bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa, jam 12.30 tengah hari di TV1.

Menurut laporan Sinar Online, program 13 episod ini turut merangkumi lokasi-lokasi yang popular di Australia seperti Surfers Paradise dan Sanctuary Cove di Gold Cost; Logan Holmes dan Tamborine Mountain di Lemington; Linsmore; Nimbin; Byron Bay; Grafton; Coffs Harbour; Port Macquarie; Sydney dan berakhir di Bondi Beach.

Pasangan sejoli ini dikatakan turut mencuba pelbagai aktiviti sukan lasak, pesta sehinggalah mandi-manda di laut.

Dengar-dengarnya menu-menu yang disediakan mereka sedap-sedap belaka, bolehlah penonton cuba sendiri di rumah nanti.

Sama-samalah kita nantikan gandingan pertama kali pasangan yang telah dua tahun mendirikan rumah tangga ini dengan resipi-resipi menarik yang bakal dipersembahkan. –¬†MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

*Video sekadar hiasan…

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top