Bukan Berita Online Biasa

Nama Alhamdulillah Lanang Anakku Jadi Sensasi

Nama Alhamdulillah Lanang Anakku Jadi Sensasi

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

JAKARTA – Seorang murid di sebuah sekolah rendah di Surabaya ibu kota wilayah Jawa Timur, tiba-tiba popular menerusi laman sosial gara-gara nama uniknya tular dalam kalangan netizen.

Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu popular selepas kad peperiksaan yang tertulis namanya, Alhamdulillah Lanang Anakku menjadi tular menerusi media sosial di Indonesia baru-baru ini, lapor beberapa akhbar tempatan.

Alhamdulillah atau lebih mesra dipanggil sebagai Elak oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya itu berkata, dia sendiri bagaimanapun tidak pernah berasa malu dengan namanya yang dianggap agak unik tersebut.

“Saya tidak perlu malu, malah tetap gembira sahaja. Ramai rakan dan guru agama saya sendiri memberitahu nama saya bagus kerana ia turut mengandungi kalimah doa iaitu Alhamdulillah,” kata remaja berkenaan.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Jalan Kapas Gading Madya III di Surabaya, Alhamdulillah menjelaskan dia masih belajar di kelas VI  Sekolah Dasar Negeri 6 Rangkah 6 di bandar Surabaya.

Baca: Kesal Nama Y, Gadis Diberi Nama Terpanjang Di Indonesia

Nama Alhamdulillah Lanang Anakku Jadi Sensasi

“Walaupun nama saya sering menjadi usikan rakan tetapi saya senyum sahaja kerana memang itu nama saya,” kata Alhamdulillah yang juga anak sulung pasangan kepada M. Saleh, 47; dan Yuyun Purnamasari, 39.

Dalam bahasa Jawa kuno, nama Elak juga mengandung erti sebagai Alhamdulillah anakku laki-laki. Kata Saleh, hanya guru agama di sekolah anaknya sahaja yang memanggil dengan nama “Alhamdulillah”.

“Guru agama anak saya juga sering bilang (kata) kalau nama itu agak bagus, kerana mengandungi doa,” ujar Saleh tidak menyangka, nama unik anaknya tular dibicarakan menerusi media sosial.

“Saya malah tahu perkara ini pun dari beberapa tetangga (jiran), kalau kartu (kad) ujian anak saya jadi pembicaraan (perbualan) di medsos (media sosial),” jelas lelaki berkenaan lagi.

Elak secara kebetulan turut memiliki dua orang adik perempuan yang juga memiliki nama agak unik iaitu Salsabila Putri Alam Raya, 11, dan Putri Faza Katulistiwa, 9. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top