Bukan Berita Online Biasa

Nampak 'Baby Bump', Nora Danish Berbadan Dua?

Nampak ‘Baby Bump’, Nora Danish Berbadan Dua?

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON, Nora Danish kini ‘diasak’ dengan pertanyaan tentang kesahihan khabar dia sedang berbadan dua apabila tubuhnya kebelakangan ini kelihatan sedikit berisi berbanding biasa.

Baru-baru ini, Nora telah memuat naik satu gambar di Instagram ketika menghadiri majlis perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.

The bridesmaid 💜

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Perubahan pada tubuhnya itu sebelum ini pernah menjadi perhatian ketika suaminya, Nedim Nazri Aziz berkongsi gambar mereka bercuti bersama.

Menerusi gambar tersebut, Nora yang cantik berkurung biru dilihat seakan-akan mempunyai ‘baby bump‘.

Ekoran itu, ramai netizen yang mengaitkan perkara tersebut dengan fasa mengandung.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang menyatakan badan pelakon itu semakin berisi kerana sedang bahagia melayari bahtera perkahwinannya bersama suami tercinta.

Namun, mereka tetap memuji bentuk badan Nora yang  dikatakan kini lebih cantik dan berseri selepas berkahwin.

Bagi menguatkan lagi spekulasi berkenaan, terdapat sebuah portal hiburan melaporkan Nora kini sedang dalam fasa trimester pertama.

Tetapi, sehingga kini dilihat Nora dan suami masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Kalau betul dah tentulah berita baik buat para peminat dan keluarga ini sendiri kan? Apa-apa bersamalah kita doakan yang terbaik buat mereka. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top