Bukan Berita Online Biasa

Neelofa, Aliza Kim Tamu Khas Labbaikallah

Neelofa, Aliza Kim Tamu Khas Labbaikallah

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

ANDA tentu masih ingat kisah model terkenal United Kingdom yang memeluk Islam pada 2013?

Model berusia 35 tahun kacukan Siam dan Inggeris ini, kemudiannya memilih Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal setelah mendapat hidayah Allah.

Aliza Kim kini berhijrah dan kini menjadi aktivis dakwah IntoTaqwa.

Dalam sebuah program bersama TV AlHijrah dulu, bekas model majalah Cleo dan Elle ini mendedahkan, dirinya meninggalkan semua glamor masa lalu termasuk arak dan rokok erana takutkan Allah.

Malam ini Aliza Kim muncul lagi di TV AlHijrah. Si cantik manis ini akan bersama hos Labbaikallah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk berkongsi pengalaman hijrah serta kerinduannya untuk melawat Makkah.

Neelofa, Aliza Kim Tamu Khas Labbaikallah
Hos Labbaikallah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Selain Aliza Kim, program Labbaikallah malam ini turut mengundang Fara Othman, pengasas IntoTaqwa.

Malam esok 31 Ogos, Labbaikallah akan bersama artis terkenal, Neelofa. Ustaz Don akan menemubual secara langsung pengalaman Neelofa ketika kali pertama berada di Tanah Suci.

Jangan lupai 9.00 malam. Labbaikallah bersiaran langsung dari TV AlHijrah dengan laporan pelbagai perkembangan semasa dari Makkah. – MYNEWSHUB.CC

Neelofa, Aliza Kim Tamu Khas Labbaikallah

Neelofa, Aliza Kim Tamu Khas Labbaikallah

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top