Bukan Berita Online Biasa

NGO Tahfiz Sambut Baik Bedah Siasat Kes Thaqif

in Jenayah/Utama & Sensasi

SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) menyambut baik hasil bedah siasat kes Mohammad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi.

Presidennya, Mohd. Zahid Mahmood menerusi satu kenyataan media pada Selasa menyatakan pihaknya berharap, laporan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia itu dapat membersihkan imej institusi pendidikan berkenaan.

Pinta bagaimanapun turut meminta masyarakat menjadikan insiden yang menimpa pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor itu sebagai iktibar selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

“Semoga segala tuduhan dan persepsi negatif yang ditanggung oleh pihak madrasah dan pembantu warden terbabit selama ini dapat diperbetulkan dengan sebaik-baiknya,” kata Mohd. Zahid dalam kenyataan tersebut lagi.

Allahyarham Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 26 April sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanan dijangkiti bakteria yang cedera dipercayai didera.

Kes itu menjadi tular dalam kalangan netizen apabila media juga melaporkan penderitaan pelajar tersebut dipotong kedua-dua belah kakinya setelah berhenti daripada madrasah kerana tidak tahan didera oleh pembantu warden.

Suspek yang ditahan pihak polis atas dakwaan bunuh namun dilepaskan dan kes itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan pada Isnin mengesahkan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa sebenarnya meninggal akibat jangkitan leptospirosis.

Berikut kenyataan media Mohd. Zahid berhubung kes tersebut.

BERKENAAN KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN BERKAITAN PUNCA KEMATIAN PELAJAR TAHFIZ DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

1. PINTA mengalu-alukan pemakluman oleh YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan hasil bedah siasat yang telah dijalankan bagi mengesan punca kematian Allahyarham adik Mohammad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi.

2. Melalui Kenyataan Akhbar tersebut, masyarakat telah dmaklumkan bahawa punca kematian Allahyarham ialah disebabkan jangkitan leptospirosis atau kencing tikus. Diharapkan kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan ini dapat mengurai semua persoalan yang timbul berkaitan kematian Allahyarham.

3. Selain kita perlu mengambil iktibar yang sewajarnya daripada kejadian ini, PINTA juga memohon agar pihak Polis dan Pendakwa Raya dapat mengambil inisiatif yang seperlunya rentetan perkembangan dan dapatan terakhir kes ini. Semoga segala tuduhan dan persepsi negatif yang ditanggung oleh pihak Madrasah dan Pembantu Warden selama ini dapat diperbetulkan dengan sebaiknya.

4. Dalam pada masa yang sama PINTA menyeru agar komuniti madrasah tahfiz terus berusaha untuk menjadikan pusat pendidikan tahfiz masing-masing sebagai satu wadah yang terbaik bagi menjana para agamawan serta daya sumber insani kamil lainnya buat tanah air kita Malaysia ini, sesuai dengan falsafah pendidikan dalam Islam serta Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Sekian, terima kasih.

USTAZ MOHD. ZAHID MAHMOOD
11 Julai 2017⁠⁠⁠⁠

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top