Bukan Berita Online Biasa

Nubex Hasilkan Syiling Khas Sempena Sukan SEA 2017

Nubex Hasilkan Syiling Khas Sempena Sukan SEA 2017

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29 selepas kali terakhir temasya sukan itu dianjurkan di negara ini pada tahun 2001.

Penganjuran acara yang bakal berlangsung sepanjang Ogos itu bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos 2017.

Sehubungan itu, syarikat pengeluar jongkong emas, perak dan logam Nubex Sdn. Bhd. (Nubex) mengambil inisiatif memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khas untuk peminat sukan serta pengumpul syiling.

Syiling edisi khas Sukan SEA 2017 dalam reka bentuk bi-logam itu direka dalam gabungan kemasan emas dan perak yang menzahirkan elemen eksklusif rekaan koleksi terhad.

“Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9 peratus (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99 peratus (berat 0.5g) turut disertakan dengan tekad grafik acara sukan berprestij ini.

“Dengan jumlah pengeluaran hanya 5,000 keping, Nubex yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik pembeli tempatan dan antarabangsa,” kata Nubez dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Nubex, syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu akan dijual pada harga RM176 dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017.

“Nubex Sdn. Bhd. adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Sukan

Harry Kane

Nilai Harry Kane RM562 Juta?

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mendedahkan bahawa sekiranya beliau boleh membeli mana-mana penyerang
Go to Top