Bukan Berita Online Biasa

OKU Maut Dilanggar Komuter Di Bukit Keteri

in Utama & Sensasi

KANGAR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut setelah dilanggar komuter di kilometer 141.25, Bukit Keteri dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt. Ghazani Abd Ghani berkata mayat mangsa Mohd Arif Eisha, 34, yang dipercayai mempunyai masalah mental ditemukan dalam longkang berhampiran landasan keretapi itu.

“Mangsa dilanggar komuter dari arah Padang Besar menuju ke Butterworth yang berlepas pada 3.25 petang dari stesen Padang Besar,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini, hari ini.

Beliau berkata sebaik kejadian, pemandu komuter menghentikan kenderaannya sebelum melaporkan insiden itu kepada polis.

“Polis menerima laporan pada 4 petang dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top