RTM Siar Liputan Langsung Sukan SEA Menerusi TV1, TV2

Olahraga Terbuka Malaysia – Masuk Free Selama 2 Hari

in Sukan/Utama & Sensasi

BERITA gembira bagi peminat sukan olahraga tanah air.

Anda semua berpeluang untuk menyaksikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini dan esok secara PERCUMA!

Dipetik daripada akhbar Berita Harian, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berkata bahawa kebenaran telah diberikan oleh Perbadanan Stadium Malaysia(PSM).

“PSM sudah memaklumkan mereka bersetuju membenarkan orang ramai memasuki Stadium Nasional secara percuma melalui pintu depan untuk menyaksikan kejohanan ini,” katanya.

Seramai 266 alet dari sembilan buah negara termasuk Singapura, Laos, Indonesia, Thailand dan Brunei akan terlibat dalam acara ini. Selaku tuan rumah, atlet dari Malaysia juga turut serta dalam acara ini.

Kata Karim lagi, kejohanan ini juga bertujuan untuk menguji kebanyakan peralatan pertandingan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang bakal berlangsung kira-kira berbaki lagi 32 hari.

Selain itu, ia turut dapat memberi peluang kepada para atlet untuk merasai kemudahan baharu di situ. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...