Bukan Berita Online Biasa

Padah Degil, Nyawa Hampir Melayang

Padah Degil, Nyawa Hampir Melayang

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PADAH degil. Sekumpulan pelancong yang tidak menghiraukan larangan supaya tidak menyeberang sebuah jambatan, hampir melayang nyawa selepas jambatan itu runtuh di Hubei, China.

Ia menyebabkan beberapa orang terjatuh ke dalam sungai manakala yang lain terpaksa berpaut kepada struktur jambatan tersebut.

Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah. Jambatan itu telah ditutup kepada orang awam dan papan tanda `tidak dibenarkan masuk’ telah diletakkan di situ.

Jambatan itu telah dibina oleh Zhifang Hydroelectric Power Station dan digunakan oleh pekerja jana kuasa berkenaan.

Nasib baik saksi yang berada di situ menghubungi polis dan ambulans dengan segera,

Kes berkenaan kini dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top