Bukan Berita Online Biasa

Pakatan Harapan Terima PPBM Jadi Anggota

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai gabungan parti pembangkang itu.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan dalam satu perbincangan hari ini.

Antara pemimpin pembangkang yang terlibat dalam perbincangan itu ialah Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Rafizi Ramli.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengasaskan penubuhan PPBM baru-baru ini memaklumkan parti itu akan menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir terdesak bertindak demikian ekoran sokongan hambar rakyat ke atas parti barunya maka terpaksa mengharapkan sokongan penyokong Pakatan Harapan.

Mahathir menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan kerajaan Persekutuan kerana enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik.

Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) diketuai oleh parti sekular DAP. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Peletakan Jawatan 4 Pemimpin DAP Tak Dijangka

Lim Umum Barisan Pakatan Harapan P.Pinang

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan  Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
Go to Top