Bukan Berita Online Biasa

Pakatan Pertahan Azmin Kes Perlombongan Haram

in Jenayah/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan mempertahankan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin walaupun beliau terpalit dengan isu perlombongan pasir haram di Selangor.

Pemimpin Pakatan Harapan yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad mendakwa, isu yang dihadapi Mohamed Azmin tersebut tidak mampu untuk mengubah komitmen Pakatan Harapan.

“Kepada Mohamad Azmin, kita doakan semoga beliau tabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Besar Selangor terpalit dengan isu perlombongan haram di Selangor selepas anak saudaranya, Mohd. Nuzul Fadli, 37, dan beberapa rakannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Mohamed Azmin menafikan beliau terlibat dalam kes melombong pasir secara haram di Selangor tersebut walaupun ia melibatkan anak saudara kesayangannya seperti yang didedahkan seorang ahli keluarganya baru-baru ini.

Kes tersebut masih dalam siasatan SPRM, tetapi Pakatan Harapan pantas mendakwa kononnya kes tersebut merupakan satu konspirasi untuk menjejaskan imej pemimpin pembangkang.

Ironinya, seorang lagi ahli keluarga Mohamad Azmin mendakwa dia tahu mengenai aktiviti anak saudaranya itu bersama Mohamed Azmin hingga membawa kepada penahanan pemuda terbabit oleh SPRM. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top