Bukan Berita Online Biasa

Pasukan Bola Sepak Beri Nyawa Kepada FAM

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memahami tentang selok belok Liga Malaysia daripada hanya pandai menghukum pasukan bola sepak.

Beliau yang juga penaja utama pasukan Kelantan berkata, FMLLP perlu memahami bahawa pasukan-pasukan bola sepak dalam Malaysia yang `memberi nyawa’ kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya mengharapkan FMLLP lebih bijaksana dalam mengendalikan liga. Mereka harus arif soal selok belok Liga Malaysia. Mereka harus memahami isu sebenar yang dihadapi pasukan.

“Mereka harus faham pasukan yang menyertai liga `memberi nyawa’ kepada FAM, tetapi mereka (pasukan) sendiri `bernyawa ikan’ kerana berada dalam liga kos tinggi dan tidak `viable’,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

FMLLP sebelum ini memaklumkan mungkin memotong pasukan yang tidak mampu menyelesaikan baki gaji tertunggak kepada pemain.

Annuar berkata, pasukan bola sepak terpaksa menagih wang tajaan termasuk daripada anak syarikat agensi kerajaan akibat kos yang tinggi.

Menurut beliau, perbelanjaan minimum sesebuah pasukan RM15 juta tetapi harga tiket penonton perlawanan antara RM10 hingga RM16 dan hadiah yang ditawarkan kurang RM2 juta.

“Jika kita hanya menjadi tunggangan untuk menyenangkan FMLLP dan FAM yang berbelanja besar lebih baik kita tidak menyertai langsung sekiranya sikap mereka lebih kemaruk untuk menghukum dan bukan mencari punca sebenar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top