Bukan Berita Online Biasa

PDRM, JAWI Buru Raja Bomoh Sejak Isnin Lalu

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

RAJA Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin menjadi buruan pihak berkuasa sejak Isnin lalu ekoran didakwa merosakkan imej agama Islam.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Aysraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkuasa kini giat mengesan Ibrahim selepas video lelaki itu melakukan ritual untuk ‘memagar’ Malaysia menjadi tular di media sosial.

“JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim). Mereka akan menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya.

PDRM, JAWI Buru Raja Bomoh Sejak Isnin Lalu

Jumaat lalu Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Ibrahim sebagai mahu meraih populariti dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan upacara perbomohan lelaki tersebut.

Katanya, ini matlamat individu tersebut iaitu publisiti supaya menjadi seorang yang lebih popular dan banyak lagi agenda yang lebih besar boleh dikongsikan.

“Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top