Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Bangunan

Pelajar Tahfiz Maut Langgar Besi Penghadang Jalan

in Utama & Sensasi

KUANTAN – Seorang pelajar tahfiz maut, manakala dua lagi rakannya cedera parah setelah kereta dinaiki mereka melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 37, Lebuhraya Central Spine Road berdekatan Aur Gading di Lipis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt. Azry Akmar Ayob berkata mangsa yang maut ialah penumpang belakang, Wan Arsyad Rafiuddin Wan Azeze, 13, berasal dari Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

“Dua lagi penumpang warga Thailand, Subhi Yamu, 13, dan Simi-un Hasunoh, 14, masing-masing cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini ini.

Pemandu kereta itu, Mohd Shaiful Anuar Abd Rahman, 34, berasal dari Kampung Jambu, Kelantan, hanya cedera ringan, manakala anak lelakinya Mohd Zakir Azkar Mohd Shaiful Anuar berusia dua tahun tidak mengalami kecederaan.

Azry berkata kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Tahfiz Darul Furqan di Sungai Buloh, Selangor dari Kelantan.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mohd Shaiful dipercayai melanggar lopak air menyebabkan kenderaannya terbabas melanggar besi penghadang jalan.

“Ketika kejadian keadaan hujan dan jalan basah,” katanya.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis tiba di tempat kejadian pada 6.39 petang, dan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top