Bukan Berita Online Biasa

Pemandu Bas Kemudi Stereng Guna Kaki Dikecam Netizen

Pemandu Bas Kemudi Stereng Guna Kaki Dikecam Netizen

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEORANG pemandu bas di China telah ditahan selepas aksinya sambalewa ‘mengemudi’ stereng menggunakan kaki tersebar di laman sosial negara itu.

Menurut laman tempatan negara itu, pemandu berkenaan berasal dari bandar Shantou, wilayah Guangdong dirakam memandu menggunakan kaki kiri bagi membolehkannya bermain telefon bimbit.

Salah seorang penumpang yang terkejut dengan aksi merbahaya itu merakam aksi tersebut sebelum menyebarkannya dalam talian. Difahamkan kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu.

Video yang tular turut dikongsi oleh laman sesawang popular negara itu iaitu QQ.com menunjukkan seorang pemandu lelaki meletakkan kaki kirinya pada stereng semasa memandu di jalan raya.

Di dalam video berkenaan, pemandu yang masih tidak dikenali identitinya itu, dilihat menggerakkan kakinya dari semasa ke semasa untuk mengawal arah kenderaan manakala kaki kanannya pula mengawal brek dan pemecut.

Leka dengan telefon bimbit di tangan, pemandu tersebut tidak menghiraukan kenderaan lain serta orang awam yang berada di sekitar laluannya.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari, biro pengangkutan Shantou telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu tersebut telah ditahan oleh pihak polis tempatan.

Namun syarikat bas yang terlibat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Video berkenaan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganya menerusi portal berita Sohu.com.

“Pemandu itu sangat teruk,” tulis seorang pelayar laman itu.

“Dia perlu dipecat dan pulang ke rumah untuk bermain telefon bimbitnya,” kata netizen lain pula.

“Lesen memandunya patut digantung. Dia tidak menitikberatkan keselamatan penumpang,” kata yang lain pula. – MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top