Bukan Berita Online Biasa

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

in Jenayah/Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membuat laporan polis ke atas pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim kerana biadap terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DPPNS dalam satu kenyataan media berkata, laporan itu dibuat oleh Ketuanya, Syarhan Humaizi yang diringi Setiausaha DPPNS, Damanhuri Dol dan barisan Exco serta peguam DPPNS.

“Laporan polis yang dibuat DPPNS terhadap dua kenyataan Zaid menerusi akaun Twitter bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor dikeluarkan sebelum itu bertarikh sama.

“Kenyataan Zaid tersebut adalah penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor dan mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut DPPNS, perbuatan Zaid itu juga bertujuan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja.

“DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Zaid di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Zaid sebelum ini merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum disingkirkan daripada parti itu tetapi kemudian menyertai parti sekular dan liberal DAP.

PKR dan DAP membarisi Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top