Bukan Berita Online Biasa

Penganut Hindu Desak Selangor Tambah Cuti Deepavali

Penganut Hindu Desak Tambah Cuti Deepavali

in Politik/Utama & Sensasi

SHAH ALAM – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyokong penuh desakan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Hindu supaya kerajaan Selangor memberi cuti tambahan untuk sambutan Hari Deepavali 2017.

Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowin berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin wajar bawa perkara itu kepada perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dapat perkenan baginda.

“Hari Deepavali 2017 jatuh pada tarikh 18 Oktober 2017 iaitu hari Rabu. Terdapat permintaan agar 19 Oktober 2017 iaitu hari Khamis dijadikan sebagai cuti umum.

“Saya mengharapkan Menteri Besar Selangor memberi perhatian yang khusus terhadap perkara ini,” kata beliau lagi dalam satu kenyataan media hari ini.

Manivanan berkata, Mohamed Azmin wajar mengumumkan cuti khas Deepavali 2017 semasa beliau menghadiri Sambutan Deepavali Negeri Selangor di Tengku Kelana, Klang pada 15 Oktober ini.

“Saya juga difahamkan bahawa sekumpulan NGO masyarakat India dan individu akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 13 Oktober 2017.

“Saya berharap penyerahan memorandum ini akan berlangsung dengan cara yang terbaik dengan satu harapan yang terbuka.

“Kerajaan Selangor wajar menunjukkan keprihatinan terhadap ratusan ribu masyarakat India yang komited terhadap pentadbiran Kerajaan Selangor,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Politik

Go to Top