Bukan Berita Online Biasa

Penyanyi Terkejut Lelaki Bogel Muncul Ketika Di Radio

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BINTANG pop Belanda, Maan de Steenwinkel, 20, menangis ketakutan selepas dua penyampai Radio 538 telah mengejutkan beliau dengan gurauan kasar iaitu membawa seorang lelaki bogel untuk menari di atas pentas ketika Maan menyanyi.

Maan ketika itu sedang membuat persembahan dalam Radio 538 yang disiarkan secara langsung menerusi internet apabila DJ Frank Dane dan Jelte van der Groot membuat kejutan itu.

Ia menyebabkan Maan menangis dan menggelar gurauan berkenaan sebagai bodoh.

Bintang pop berkenaan yang menang pertandingan ‘Voice of Holland’ pada 2016, menangis ketika melihat lelaki bogel itu manakala Frank dan Jelte ketawa melihat aksi Maan.

Dia beberapa kali menjerit ‘oh Tuhan’.

“Saya takut. Tiba-tiba lelaki bogel muncul di depan saya,” katanya.

Insiden yang berlaku pada 17 November lalu telah mencetuskan kemarahan selepas video rakaman berkenaan dikongsi di media sosial pada minggu ini.

Dalam pada itu, penyanyi Tim Knol memberitahu insiden itu bukan sesuatu yang kelakar dan turut menggesa agar stesen radio berkenaan diboikot.

Manakala ketua pengarang stesen radio BNR, Sjors Froehlich, membidas kejadian itu. Katanya, jika beliau adalah ketua di Radio 538, maka sudah tentu kedua-dua penyampai radio berkenaan dipecat.

Sementara itu, Frank dan Jelte telah memohon maaf kepada Maan menerusi radio selepas kejadian terbabit dan ia diterima oleh Maan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top