Bukan Berita Online Biasa

Pilih Pembangkang, Pilih DAP Jadi Kerajaan

Pilih Pembangkang, Pilih DAP Jadi Kerajaan

in Politik/Utama & Sensasi

BENTONG – Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) seumpama memilih DAP untuk menjadi kerajaan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang nasib Melayu dan bumiputera.

Ini kerana katanya, masyarakat boleh menilai sendiri keadaan orang Melayu di Pulau Pinang yang kini ditadbir kerajaan DAP.

“… kalau kita tengok kerajaan DAP di Pulau Pinang, di mana berakhirnya nasib dan maruah bumiputera khususnya orang Melayu di Pulau pinang?.

“Pembangunan mereka (DAP) kebanyakannya mereka buat secara tersirat. Pada hari ini saya tengok sudah kian tiada tempat untuk bumiputera dan orang Melayu di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cahaya Kasih di Felda Mempaga 1, dekat sini hari ini.

Shahrizat berkata pengundi yang memilih pembangkang juga bermakna mereka mahukan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri yang sudah tentu akan memastikan calon perdana menteri adalah seseorang yang boleh menjadi boneka beliau.

“…(justeru) berhati-hatilah,” kata Shahrizat yang menasihati rakyat berfikir panjang sebelum memilih kerajaan pada PRU-14 nanti

Jika rakyat mengekalkan Barisan Nasional (BN), kerajaan sudah pasti akan diketuai oleh UMNO dan rakyat sudahpun tahu cara BN mentadbir negara, katanya.

“Alhamdulillah. Oleh kerana kerajaan BN ialah kerajaan yang mempunyai asas yang kukuh, walau apa sahaja dugaan dan ancaman daripada pembangkang, negara kita masih selamat, aman, makmur dan stabil,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top