Bukan Berita Online Biasa

Polis Akan Beri Bantuan Sepenuhnya – KPN

in Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi segala kerjasama dan bantuan yang diperlukan dalam insiden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara terbakar awal pagi ini.

Menurut Fuzi, beliau dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut.

“Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan soleh.

“PDRM akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya dalam memastikan segala tindakan yang perlu diambil berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan lebih 22 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam satu kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqayah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Datuk Saimon Jahid berkata, kebakaran di percayai bermula sekitar 5.10 pagi berlaku dari atas bangunan.

Menurut beliau, seramai 13 mangsa ditemui di bahagian kanan bangunan dalam keadaan mayat yang bertindih. Seorang berhadapan dengan pintu masuk dan selebihnya di bahagian penjuru kanan.

“Punca utama kebakaran ini berlaku kemungkinan disebabkan perkara-perkara seperti ubat nyamuk, litar pintas dan sebagainya,” katanya.

Pusat tahfiz tersebut disahkan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal serta tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Slider

Go to Top