Bukan Berita Online Biasa

Pakatan 'Pelik' Ada 3 Bos! Siapa Bos Sebenar?

PRU14: DAP, PKR, PAN Serah Kerusi Kepada PPBM?

in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan perlu menyatakan kerusi mana yang akan ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata, Pakatan Harapan perlu menyatakan perkara itu memandangkan pakatan pembangkang itu kini diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi PPBM.

Jelas beliau, ketika ini PPBM hanya ada satu kerusi wakil dalam Dewan Rakyat iaitu kerusi Parlimen Pagoh yang diwakili oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Adakah rundingan antara parti dalam pembangkang untuk mengagihkan kerusi akan memperuntukkan kerusi yang banyak utk Bersatu atau sebaliknya?

“Saya berminat mahu tahu adakah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersedia untuk berkorban kerusi yang ditandingi mereka dan diberikan kepada PPBM yang dipimpin Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh Rao dalam pada itu menyatakan keraguan beliau pemimpin Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup menyerahkan kerusi parti itu kepada PPBM.

“Pemimpin seperti Kit Siang dan anaknya bukan mudah memberikan kerusi yang ditandingi parti mereka kepada parti lain lebih-lebih lagi parti yang baru bertapak seperti PPBM,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top