Bukan Berita Online Biasa

Punggung Diraba, Taylor Swift Hanya Tuntut RM4

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI ternama dunia, Taylor Swift hanya menuntut AS$1 (RM4) daripada deejay bernama David Mueller sebagai ganti rugi kerana raba punggungnya dalam satu majlis empat tahun lalu.

Kata jurucakap Taylor iaitu J.Doug, apa yang berlaku ini patut diambil iktibar bahawa jenayah gangguan seksual tidak dapat diganti dengan pampasan wang ringgit kerana ia melibatkan soal maruah.

“Meraba bahagian belakang wanita adalah satu bentuk serangan, dan ia tetap satu kesalahan

“Setiap wanita baik kaya, miskin, terkenal, atau tidak, berhak untuk tidak mendapat perlakuan tidak menyenangkan seperti itu. Itu pesan yang ingin disampaikan Taylor Swift,” tegasnya.

Penyanyi Shake It Off itu kini menghadapi proses persidangan mahkamah atas serangan jenayah seksual tersebut.

Taylor mengaku bahwa David menyentuh bahagian punggungnya ketika bergambar bersama semasa Konsert Red Tour 2013.

Setelah kejadian memalukan itu mula heboh, David menyalahkan Taylor atas tuduhan mencemarkan nama baik sehingga dia dipecat dari pekerjaannya.

David kemudian meminta ganti rugi sebanyak AS$3 juta (RM12 juta) kerana Taylor telah mencemar nama baiknya.

Namun sebulan kemudian Taylor membuat laporan atas tuduhan gangguan seksual. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top