Bukan Berita Online Biasa

Rahsia Bau Harum 30,000 Permaidani Masjidil Haram

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RIYADH – Percaya atau tidak, sekitar 30,000 permaidani hijau dibentang di Masjidil Haram dan kawasan sekitar dengan panjangnya secara terkumpul boleh menjangkau hampir 100 kilometer!

Penjaga dua Masjid Suci umat Islam itu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud memang menumpukan perhatian khusus kepada permaidani berbau seharum bunga mawar supaya jemaah boleh menunaikan solat dalam suasana selesa.

Malahan ada sebuah jabatan yang dikhususkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan segala kerja pembersihan permaidani. Sebanyak lima fasa pembersihan dilakukan setiap hari di sebuah gudang khas di Makkah.

Portal tempatan Al Arabiya melaporkan, pada fasa pertama, habuk dan kotoran dibersih dengan menggunakan mesin canggih. Permaidani itu kemudian dicuci dengan sabun dan bahan penghapus jangkitan pada fasa kedua.

Malah ia dibersih dengan sebuah mesin canggih yang tidak memerlukan tenaga manusia untuk beroperasi. Selepas itu, permaidani dibilas dan diletak di atas sebuah ‘jambatan’ bergerak sebelum ia bersiap sedia melalui fasa ketiga.

Baca: Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas

Juga: Comel… Kucing Sabar Tunggu Iftar Di Masjidil Haram

Serta: Cerita Kiswah Kelambu Kaabah Banyak Jasanya

Ia kemudian dikeringkan secara automatik pada kelajuan tiga permaidani bagi setiap seminit setengah. Pekerja akan mengambil permaidani yang sudah dikering dan menjemurnya di bawah terik matahari seharian pada musim panas.

Bagaimanapun jika musim sejuk, proses ini mengambil masa dua hari. Dalam fasa terakhir, setiap permaidani akan dibersihkan sekali lagi dengan lebih teliti tetapi menggunakan penyapu sahaja bagi memastikan tiada lagi habuk.

Akhir sekali, sebagai tanda berakhirnya proses pembersihan itu, permaidani akan disembur dengan wangian berbau bunga mawar, jelas penyelia gudang dan proses cuci permaidani, Mohammed Al-Otaini kepada Al Arabiya.

Gudang moden tersebut ujar beliau, mampu menerima sebanyak 200 permaidani setiap hari dengan ia disusun, diproses dan disenggara dari semasa ke semasa oleh pekerja yang sudah dilatih khas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top