Bukan Berita Online Biasa

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Rakyat Berkuasa Pilih Parti Terajui Kerajaan – Bashah

in Politik/Utama & Sensasi

ALOR SETAR – Rakyat mempunyai kuasa membuat keputusan bagi menentukan parti mana yang layak diberikan tanggungjawab untuk menerajui dan membentuk kerajaan yang baik, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata rakyat sekarang sudah bijak menilai parti yang layak mentadbir negeri dan negara.

“Menjelang pilihan raya umum ke-14 ini, semua (parti) akan mula menjanjikan pelbagai manifesto termasuklah Barisan Nasional (BN), tetapi kita serahkan sahaja pada rakyat untuk buat pilihan.

“Janji-janji dalam manifesto ini normal kerana parti cuba untuk mempengaruhi rakyat tetapi saya yakin rakyat boleh menilai sendiri dan lihat apa yang telah kita (Barisan Nasional) lakukan selama ini untuk rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Utara di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi semalam bahawa PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat dalam manifesto parti itu pada PRU14 akan datang. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top