Bukan Berita Online Biasa

Ratu Cantik `Geli' Dengan Anak Yatim Hidap HIV

Ratu Cantik `Geli’ Dengan Anak Yatim Hidap HIV

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RATU Cantik Afrika Selatan, Demi-Leigh Nel-Peters telah dikecam dan dituduh rasis kerana memakai sarung tangan ketika memberi makanan kepada anak-anak yatim yang menghidap HIV.

Ia mengakibatkan Demi-Leigh, 22, dihentam teruk di media sosial selepas gambar berkenaan tersebar. Ketika itu dia berada pada satu majlis amal di Johannesburg.

Demi-Leigh dituduh takut untuk menyentuh kanak-kanak yang berpenyakit itu dan memakai sarung tangan kerana mereka adalah kanak-kanak kulit hitam.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu dia memakai sarung tangan atas aspek kebersihan apatah lagi ketika itu Demi-Leigh sedang mengendalikan makanan.

“Saya ingin menjelaskan sesuatu. Semua sukarelawan pada majlis itu memakai sarung tangan kerana kami dimaklumkan ia adalah langkah yang betul ketika mengendalikan makanan dan kami juga memberikan makanan kepada kanak-kanak.

“Itu sahaja niat kami, untuk menjaga kebersihan. Saya merasakan bahawa niat saya telah disalaherti.

“Bagi saya, moral cerita ini ialah 300 kanak-kanak mendapat makanan dan mereka mendapatnya sama ada kami memakai sarung tangan atau tidak. Saya sedih kerana berlaku salah faham dan saya minta maaf jika ada menghina sesiapa,’’ demikian penjelasan panjang lebar Demi-Leigh berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun penjelasan itu hanya menyebabkan dia dipersendakan lagi di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top