Bukan Berita Online Biasa

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

KID News yang mula bersiaran Jumaat lalu, kini agresif menjalankan promosi lapangan dalam mempopularkan program yang kini menjadi tanda bendera bagi segmen kanak-kanak TV AlHijrah.

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Hari ini bertempat di Institut Kefahaman Islam Kuala Lumpur, Kids News menjalankan sesi uji bakat terbuka mencari wajah-wajah bagi mengisi segmen berita kanak-kanak yang bersiaran tiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Hampir 200 kanak-kanak berusia tujuh hingga 17 tahun menyerbu reruai TV AlHijrah bagi menguji bakat. Sesi bermula seawal 11.00 pagi berlarutan hingga lewat petang.

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

“Kami buka untuk semua. Kami akan terus mencari bakat baharu di kalangan kanak-kanak,” kata Ketua Unit Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Faraliza Musleh.

Menurut Faraliza, Kids News akan mencetuskan fenomena dalam ketrampilan wajah baharu selebriti kanak-kanak di televisyen.

“Ini wajah bagi ikon dunia maklumat dalam segmen pemberitaan kanak-kanak. Mereka akan mengisi trend yang lebih bersifat ilmu dan aspirasi kanak-kanak hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Reruai Kids News Meriahkan Festival IKIM

Bintang hos Kids News, Umar Syakur Mohd Haiccal muncul di lokasi memeriahkan suasana. Turut hadir bersama meraikan kanak-kanak ialah Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin Ketua Pengarah IKIM. РMYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top