Bukan Berita Online Biasa

Rita Rudaini Terkilan Video Suruh Masuk Pinang Tersebar

in Artis/Utama & Sensasi
Spread the love

TIDAK mahu peminat terus salah sangka, pelakon popular Rita Rudaini memberitahu video dirinya menawar agar mana-mana lelaki masuk meminang yang menjadi tular baru-baru ini hanya gurauan peribadi.

Baca: “Siapa Nak Pinang Saya, Mai Cepat-Cepat” – Rita

Menurutnya, video tersebut dihasilkan untuk gurauan dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga seorang artis yang dikenalinya.

Rita pada masa yang sama, akui kecewa dengan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut.

“Sebenarnya, video itu dibuat hanyalah untuk gurauan antara kawan-kawan saja. Saya langsung tidak memaksudkannya dan tak sangka pula ia menjadi tular di laman sosial.

“Saya juga tiada masalah untuk memenuhi impian seseorang untuk bergurau atau menghantar video untuk mereka tetapi mereka perlu peka jika ia membabitkan golongan selebriti.

“Saya kecewa kerana kadang-kadang pelbagai persepsi orang kepada saya yang memegang status begini (ibu tunggal). Ada orang yang boleh terima video ini sebagai bahan lawak dan ada pula yang menghentam saya dengan mendakwa saya sangat terdesak pula,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Rita memberitahu, ahli keluarga artis itu sudah pun memohon maaf kepadanya dan dia pun memaafkan

Pun begitu, Rita akui dia akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan video bagi memenuhi permintaan pihak tertentu. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...

Spread the love
Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top