Bukan Berita Online Biasa

Saharul Ridzwan Mahu Jadi Rapper Pula

in Artis/Utama & Sensasi

PELAKON popular tempatan, Saharul Ridzwan turut mencuba asah bakatnya dalam bidang nyanyian pula.

Memilih muzik rap sebagai pertaruhan pertamanya, single pertama Saharul, 28, bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu dikongsi Saharul melalui foto ketika sesi rakaman bersama komposer terkenal, Ajai di studio Wake The Baby melalui Instagramnya, Rabu lalu.

Menurut Saharul, dia secara tidak langsung menceburkan diri menjadi penyanyi apabila berseloroh dengan isteri Ajai bahawa dia teringin menjadi rapper.

Tup tup, tak lama kemudian dia diminta oleh Ajai untuk datang ke studionya bagi berbincang dengan lebih lanjut.

“Memang saya masih terkejut dengan peluang diberikan.

“Saya juga sedar vokal saya tidak sesuai sebagai penyanyi tetapi berani menawarkan diri untuk melakukan rap mengiringi nyanyian Ajai,” katanya.

Lirik untuk single yang belum diputuskan judulnya itu turut ditulis oleh Saharul.

Katanya, dia sering menulis catatan peribadi dan kata-kata puitis yang dikongsikan menerusi laman sosialnya menggunakan #DiskusiHatiSR.

Bagaimanapun, Saharul tidak bercadang untuk menjadikan kerjaya sebagai penyanyi rap sesuatu yang serius kerana masih sayangkan dunia lakonan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top