Bukan Berita Online Biasa

Saksikan Video Comelnya Kids News

Saksikan Video Comelnya Kids News TV AlHijrah

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

TIGA wajah yang comel, sentiasa tersenyum dan bergaya pula sangat stailo. Itulah identiti wajah-wajah pembaca berita Kids News TV AlHijrah yang mula bersiaran hari ini.

Kids News produk yang berprofil tinggi ini akan menemui penonton setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 7.45 pagi, 2.15 petang dan 5.00 petang.

Pada sesi sidang media di TV AlHijrah, pada Khamis lalu, ketiga-tiga pembaca berita cilik itu tampil diperkenalkan kepada pihak media massa.

Pembaca comel yang menambat hati ialah Umar Amirul Shakur Mohammad Haiccal, 6; ditemani Adam El-Farees Ahmad Fadzli, 8, manakala Qistina Zahra Abd Rahman, 10; satu-satu gadis cilik yang muncul dalam dwibahasa.

“Ini pelaburan menjadikan generasi anak-anak hari ini berkeyakinan tinggi untuk tampil berkongsi maklumat, idea dan iltizam mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top