Bukan Berita Online Biasa

"Saya Dengan Ayah Baik-Baik Sahaja" - Anak Saleem

“Saya Dengan Ayah Baik-Baik Sahaja” – Anak Saleem

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada penyanyi Saleem memberitahu hubungannya dengan Saleem baik dan tidak seperti yang dikatakan dalam satu video temubual media yang viral sebelum ini.

Dalam video tersebut, Saleem berkata terdapat perselisihan faham yang membuatkan dia masih terasa dengan anak lelakinya itu.

Walau bagaimanapun, Syafiq meminta agar semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan sehingga boleh merosakkan hubungan mereka sebagai anak-beranak.

“Saya dengan ayah baik-baik sahaja. Apa orang luar nak cakap tentang kami, cakap lah. Saya tidak kisah tentang itu.

“Saya maafkan orang yang buat fitnah tentang saya dah keluarga kerana mereka tidak mengenali kami. Tapi, kalau nak hina atau kutuk biarlah saya sahaja. Jangan hina bapa saya,” katanya kepada mStar Oline.

Enggan mengulas tentang video yang tersebar, Syafiq berkata dia telah berjumpa dengan ayahnya dia hospital baru-baru ini dan hubungan mereka sudah bertambah baik.

“Saya ada berjumpa dengan ayah di hospital dan dia beri nasihat agar saya fokus jika saya mahu menjadi penyanyi,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak mahu lagi menggunakan nama Syafiq Saleem tetapi akan menggunakan namanya sendiri, Syafiq Farhain tetapi tidak boleh lari jika ada yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi kumpulan Iklim itu. –¬†MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top