Bukan Berita Online Biasa

“Saya Tak Pernah Halang Farid Jumpa Anak” – Diana

in Artis/Jenayah/Utama & Sensasi

AKTRES Datin Diana Danielle menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya Datuk Farid Kamil Zahari hilang kawalan diri akibat tidak dibenarkan untuk bertemu dengan dua orang anak mereka.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama akhbar The New Straits Times hari ini, Diana, 26, berkata: “Memandangkan saya perlu keluar bekerja, saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya di bawah jagaan ibu saya.

“Rumah ibu saya hanya satu tingkat bawah unit apartment kami, di bangunan yang sama, Farid boleh saja pergi melawat anak-anak bila-bila masa dia mahu,” jelas Diana lagi.

Diana turut memaklumkan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan arahan buat Farid yang melarang aktor Tombiruo itu untuk melawat anak-anak mereka.

Semalam, Faris telah ditahan oleh pihak polis kerana menampar pipi seorang anggota polis dan menendang seorang lagi orang awam di kaunter balai polis trafik Kota Damansara.

Awal hari ini di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya, adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari mendakwa masalah keluarga telah menjadi punca kecelaruan mental abangnya itu.

“Farid ada memberitahu saya tiga hari lalu bahawa dia sudah beberapa hari tidak bertemu dengan anak-anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 2,” kata Fadzil lagi.

Fadzil turut mendedahkan bahawa dia telah cuba untuk menghubungi Diana, namun usahanya gagal. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top