Bukan Berita Online Biasa

PM Turut Sedih Atas Kes Kebakaran Pusat Tahfiz

PM Turut Sedih Atas Kes Kebakaran Pusat Tahfiz

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan rasa rendah hati telah mengucapkan ucapan takziahnya berkaitan kejadian kebakaran yang berlaku di sekolah tahfiz yang telah meragut seramai 24 nyawa pagi tadi.

Najib telah menulis satu twit di akaun Twitter beliau pada pukul 9.35 pagi tadi. Beliau berasa sangat sedih dan pilu mengenai berita kebakaran sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pada pukul 5.10 pagi tadi.

Kini, Najib masih lagi berada dalam lawatan selama tiga hari ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar ketika dihubungi berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian di Datuk Keramat pada pukul 5.41 pagi tadi.

Kejadian kebakaran dikatakan berpunca daripada salah satu bilik yang berada di tingkat tiga bangunan tahfiz ini.

Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan mengenai punca kejadian. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top