Bukan Berita Online Biasa

Seekor Kucing Jalanan Setia Tunggu Rakan Yang Mati

Seekor Kucing Jalanan Setia Tunggu Rakan Yang Mati

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MENYAYAT hati… Seekor kucing jalanan berwarna kuning menjadi sensasi di Korea Selatan setelah videonya yang enggan berpisah dengan rakannya yang telah mati di dalam sebuah pembentungan.

Video berkenaan telah dikongsi menerusi laman Facebook stesen penyiaran SBS TV. Difahamkan rakan kucing itu telah pun mati lebih daripada sebulan.

Menerusi sebuah portal tempatan negara itu, Insight.co.kr, kucing kuning tersebut sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana sifatnya yang jinak.

Namun sejak sebulan lalu, kuning berwarna kuning itu berkelakuan pelik dan enggan meninggalkan saliran pembentungan yang terletak di Geumjeong-gu, Busan meskipun dipanggil oleh penduduk setempat.

Setelah diselidiki ruang pembentungan itu, penduduk tempatan dan penyelamat haiwan mendapati seekor bangkai kucing di samping kucing kuning tersebut.

Seekor Kucing Jalanan Setia Tunggu Rakan Yang Mati

Menerusi video yang dikongsi, kucing kuning itu dilihat sentiasa mengiau dan cuba mencium serta mengurut rakannya itu seolah-olah menyuruhnya supaya bangun semula.

Malah binatang mamalia itu juga bertukar menjadi agresif apabila salah seorang penyelamat haiwan cuba mengalihkan bangkai rakannya.

Kesetiaan kucing tersebut menyebabkan penduduk dan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu tidak dapat menahan air mata sebak. Kedua-dua kucing terbabit telah dihantar ke hospital.

Sejak dari hari kejadian, kucing kuning itu tidak lagi menjadi kucing jalanan dan dia dipelihara oleh salah seorang penduduk tempatan di situ. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top