Bukan Berita Online Biasa

SIC Dinobat Litar Grand Prix Terbaik 2017

SIC Dinobat Litar Grand Prix Terbaik 2017

in Sukan/Utama & Sensasi

HEBAT… Litar Antarabangsa Sepang (SIC) melakar sejarah apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penganjur terbaik kejuaraan motosikal Grand Prix (GP) untuk 2017 dan kali kedua selepas 2012.

Lebih unik, GP Malaysia Shell yang berlangsung selama tiha hari sehingga 29 Oktober lalu mencatatkan kehadiran luar biasa dengan 166,483 penonton, catatan paling tinggi sejak perlumbaan itu dianjurkan pada 1999 lalu.

SIC mendapat pengiktirafan paling berprestij tersebut daripada pihak Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) semalam, sekali gus turut mengatasi 17 lagi penganjur litar MotoGP dari seluruh dunia sepanjang musim ini.

Anugerah berkenaan dinilai antaranya oleh panel Suruhanjaya Grand Prix yang disertai FIM sendiri, Persatuan Pasukan Lumba Jalanan Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak komersial sukan pemotoran, Dorna Sports SL

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, ia satu penghormatan untuk menerima anugerah berkenaan sekali gus membuktikan kemampuan SIC untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP yang bertaraf dunia.

“Kami sangat berbangga kerana meraih pengiktirafan ini yang membuktikan dedikasi dan keupayaan pasukan tempatan untuk menganjurkan acara antarabangsa diiktiraf badan induk dunia seperti FIM dan Dorna,” katanya.

“Terdapat 18 sirkit dan penganjur untuk musim kali ini namun kami pula berjaya dipilih. Ia satu berita gembira buat Malaysia terutama peminat dan sudah tentu anugerah ini menambahkan lagi semangat staf SIC,” ujar Razlan.

GP Malaysia 2017 menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah kehadiran penonton berbanding 161,533 orang pada tahun lalu bahkan merupakan catatan paling tinggi sejak perlumbaan sedemikian dianjurkan pada 1999.

Kehadiran jaguh MotoGP seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez terbukti menjadi tarikan utama dalam perlumbaan kelas MotoGP yang dimenangi oleh Andrea Dovizioso. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Sukan

Go to Top