Bukan Berita Online Biasa

Siti Bakal 'Fun Ride' Bersama The Pocket Rocketman

Siti Bakal ‘Fun Ride’ Bersama The Pocket Rocketman

in Artis/Utama & Sensasi

BARU-BARU ini, penyanyi no. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan satu pertemuan bersama jaguh lumba negara, Azizulhasni Awang yang terkenal dengan jolokan ‘Pocket Rocketman’.

Pertemuan itu dikongsi Siti menerusi laman Instagramnya yang memuat naik beberapa keping gambar mereka bersama.

Apa yang menariknya, semasa sesi pertemuan itu, Azizul telah menghadiahkan sepasang sarung tangan yang digunakannya semasa perlumbaan di Sukan Olimpik kepada Siti.

Selain itu, Siti turut memberi bayangan bahawa dia akan mengadakan program khas berbasikal ‘Fun Ride’ bersama juara dunia itu.

Siti Bakal 'Fun Ride' Bersama The Pocket Rocketman

“Saya berbesar hati dan teruja untuk Fun-Ride bersama #thepocketrocketman…Sitizones! bersiap-sedia,” kata beliau.

Aktiviti ‘Fun Ride’ itu turut disahkan oleh Azizul menerusi laman Instagramnya.

“Ia adalah satu penghormatan dapat bertemu Dato @CTDK petang ini. Ia sentiasa bagus dapat bertemu kamu Datuk. Sarung tangan basikal dari saya untuk Datuk itu adalah satu kejutan.

“Kepada peminat CTDK dan Kumpulan Azizul, tunggu maklumat terbaru kerana kami sedang merancang untuk Fun-Ride bersama peminat tidak lama lagi.

“Saya berharap Datuk dan suami kekal aktif berbasikal dan memberi inspirasi kepada rakyat negara ini mengamalkan kehidupan sihat,” tulisnya.

Pada 13 April lalu, Azizul mencatatkan sejarah manis apabila menjuarai Kejohanan Lumba Trek Dunia UCI di Hong Kong. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top