Bukan Berita Online Biasa

Suruhanjaya Islam-Kristian Beri Amaran Kepada Israel

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RAMALLAH – Suruhanjaya Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada Israel berhubung kempen berterusan rejim Zionis itu.

Ini termasuk usaha berterusan pemerintah negara haram berkenaan untuk cuba meyahudikan Baitulmaqdis serta menukar identiti Arab di bandar tersebut, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, suruhanjaya itu mengutuk pihak berkuasa pendudukan Israel kerana mula melaksanakan satu pelan untuk bina jambatan pejalan kaki di pekan Silwan, terletak di selatan Masjid Al- Aqsa.

Setiausaha Agung suruhanjaya itu, Hanna Issa, menggesa komuniti antarabangsa memberi perhatian kepada situasi berbahaya di bandar Baitulmaqdis yang diduduki rejim Israel, terutama di Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata kerja-kerja penggalian di Silwan dan di bawah Masjid Al-Aqsa baru-baru ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih komprehensif Israel untuk mewujudkan “Greater Jerusalem.” – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top