Bukan Berita Online Biasa

Syamel Kena Goda, Bagasi Hilang Tinggal Seluar Dalam

in Artis/Utama & Sensasi

REZEKI Syamel di dalam industri hiburan kini semakin bertambah-tambah selepas dua buah lagu nyanyiannya berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 2017.

Namun, di dalam kisah kejayaan itu ada satu kejadian malang yang telah menimpa dirinya selepas selesai mengadakan persembahan di Changdu, China sempena ABU TV Sing Festival pada 1 November lalu.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberitahu satu sumber bahawa beg bagasinya telah hilang selepas tiba di sana namun dia masih lagi bersyukur kerana seluar dalamnya masih lagi ada!

“Nasib baik seluar dalam saya letak dalam beg galas yang sentiasa bersama saya. Itu paling penting. Sekurang-kurangnya pakaian dalam boleh ditukar.

“Terdapat juga beberapa barangan penting di dalam beg galas. Cuma beg pakaian sahaja yang tidak ditemukan. Terpaksa pula beli beberapa helai pakaian baharu untuk dipakai,” katanya.

Agak kelakar juga kenyataan Syemel ni… Tapi baginya dia menganggap apa yang terjadi itu merupakan satu cabaran serta memori untuknya dikenang setiap kali merantau ke luar negara.

“Lepas ini saya akan pastikan ada beberapa pakaian penting diasingkan dalam beg lain. Apabila ditimpa pengalaman serupa, sekurang-kurangnya ada baju gantian,” tambahnya.

Selain bagasi hilang, penyanyi berusia 25 tahun itu juga turut memberitahu bahawa dia telah digoda oleh seorang wanita yang merupakan salah seorang kru produksi festival berkenaan.

Syamel turut diajak untuk mengikut wanita itu pulang ke hotel penginapannya di sana.

“Itu memang mengejutkan kerana wanita itu dengan selamba berbuat demikian tetapi saya menolak tawarannya secara baik.

“Lagipun niat saya ke sana untuk mengembangkan karier seni, bukannya nak buat perkara bukan-bukan atau ingin menimbulkan sebarang masalah,” katanya dengan jujur.

Menurut Syamel juga, sepanjang festival itu, dia telah memperoleh banyak pengalaman mengenai dunia nyanyian dan dia juga dapat berkenalan dengan ramai pengkarya hebat dari luar negara.

Kasihan pun ada bila dengan kisah sedih Syamel ni. Tapi kalau bab kena goda tu macam kelakar pun ada!

Siapa tahu, mungkin dengan apa yang terjadi ketika menghadiri festival itu, sekali gus dapat naik lagi semangat naib juara Akademi Fantasia 2015 itu terus berkarya dan menghasilkan lagu berkualiti tinggi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top