Bukan Berita Online Biasa

Syamsul Yusof Berat Hati Pergi Kerja Kerana Anak

in Artis/Utama & Sensasi

TERLALU teruja menyambut kelahiran anak sulung, Syamsul Yusof mengaku dia akhirnya bertemu sinar kebahagiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata, sehingga pengarah prolifik ini terasa berat hati untuk pergi bekerja!

Cahaya mata lelaki yang diberi nama Syaikhul Islam, dilahirkan pada 19 April lalu itu sentiasa dirindui sehinggakan Syamsul sering meluangkan masa untuk membuat panggilan video dengan anaknya itu.

“Syukur alhamdulillah sejak Syaikhul lahir saya selalu buat panggilan video dengan dia. Sekarang ini fokus saya lebih kepada keluarga yang sudah bertambah ahli.

“Sebelum kelahiran Syaikhul, saya sudah meraih banyak rezeki dan anggap ia rezeki anak dan bila dia lahir, makin banyak tawaran yang bertandang.

“Saya harap saya lebih matang dan terus belajar lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sentiasa dlm fikiran Ayah..dlm hati Ayah❤ @syaikhulislam2017

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Sementara itu, Syamsul, 32, turut berkongsi bahawa dia tidak berpeluang untuk membantu isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana, menguruskan anak pertama mereka oleh kerana dia terikat dengan penggambaran filem Munafik 2.

“Saya tak sempat nak belajar apa pun lagi sebab sibuk di set penggambaran. Semua diuruskan oleh Sarah dan keluarga.

“Sekarang ini pun kalau balik rumah mesti terus jumpa Syaikhul. Televisyen pun dah jarang buka kat rumah.

“Lepas selesai Munafik 2 saya akan tumpu pada keluarga. Buat masa ini memang terpaksa berkorban untuk sementara,” ujarnya.

Syaikhul dilahirkan seberat 3.5kg di Pusat Perubatan Pantai Bangsar hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah selama dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top