Bukan Berita Online Biasa

Tahfiz Terbakar: 2 Beradik Anak Polis Turut Syahid

Tahfiz Terbakar: 2 Beradik Anak Polis Turut Syahid

in Utama & Sensasi

INSIDEN tragik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur awal pagi Khamis yang meragut 24 nyawa termasuk dua warden cukup mengejutkan pelbagai pihak.

Ia malah tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila ramai netizen yang tersentuh perasaan dengan pelbagai kisah amat menyayat hati melibatkan kematian mangsa berusia muda gugur syahid menemui Ilahi.

Tidak ketinggalan apabila dua adik-beradik secara kebetulan turut menjadi mangsa dan merupakan anak seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di ibu negara, D/Koperal F. Zaska Yusoh.

Maklumat itu dikongsi akaun Facebook rasmi Friends Of PDRM kira-kira pukul 4.52 petang yang memaklumkan bahawa anggota tersebut bertugas di Pusat Identifikasi Forensik Setempat (PIFOS), D13 (Data Bank/DNA).

Menurut catatan pentadbir laman sosial tersebut, kedua-dua anak anggota polis berkenaan dikenal pasti iaitu Azkar Abiedi F. Zaska, yang berumur 11 tahun manakala adiknya, Azkar Darimi F. Zaska pula berusia lapan tahun.

Semoga anggota terbabit tabah menerima dugaan berat Ilahi apabila hiba kehilangan dua cahaya matanya serentak dijemput menjadi ‘anak syurga’ namun memberi syafaat buat ibu bapanya di akhirat kelak. – Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top