Bukan Berita Online Biasa

Annuar Musa

Tak Payahlah Menuntut Orang Memuji – Annuar

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Bangganya kita jangan melampau batas hingga kita membenci semua orang, mengutuk dan menghina,” kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga penaja pasukan Kelantan berkata, semua pihak perlu bersikap bersederhana dan tidak menuntut mana-mana pihak supaya memuji mereka hanya kerana bola sepak.

“Tak payahlah kita menuntut orang memuji kita.Kadang-kadang kita berjaya kerana kita dan kadang-kadang kita berjaya kerana orang lain gagal. Seperti semua perkara kadang-kala nasib menyebelahi kita.

“Angkuh, sombong, bongkak bukan budaya kita. Usah kita hina cara Melayu atau cara Malaysia kerana Melayu itu bangsa kita. Malaysia itu negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar memberi contoh, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah bernasib baik sewaktu mara ke Final Piala AFC apabila pasukan lawan dari Kuwait diharamkan daripada menyertai aksi separuh akhir menyebabkan pasukan yang lebih lemah beraksi di Final.

Kata beliau, pasukan Kelantan juga tidak terkecuali daripada faktor nasib apabila mendapat `promotion’ dari Liga Perdana Ke Liga Super satu ketika dulu kerana terdapat pasukan lain menarik diri daripada Liga Super.

“Jadi kita terima realiti nasib dan tidak harus kita perkecilkan pencapaian sesiapa,” katanya.

Beliau dalam pada itu menerangkan, Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri pernah beraksi bersama dengan pasukan Kelantan untuk jangka masa yang panjang.

Menurut beliau, pasukan Kelantan memang menyedari Mohd. Faiz mempunyai keistimewaan dan diketahui sebagai `dead ball specialist’ namun sepakan percumanya yang membawa kepada Anugerah Puskas itu juga mempunyai elemen nasib baik.

Beberapa pihak sebelum ini mengejek Annuar kerana memaklumkan Mohd. Faiz pernah dididik dalam pasukan Kelantan dan menuduh Annuar mahu mengambil kesempatan. -MYNEWSHUB.CC

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top