Bukan Berita Online Biasa

"Tak Semua Benda Boleh Dedah Pada Budak 5 Tahun"

“Tak Semua Benda Boleh Dedah Pada Budak 5 Tahun”

in Artis/Utama & Sensasi

KECOH semalam apabila suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz memuat naik gambarnya dia mahkamah bersama-sama Nora dan peguamnya untuk menuntut hak penjagaan terhadap anaknya.

Sebelum ini, Nedim pernah berkahwin dengan seorang sosialit bernama Nabilah Khan atau lebih dikenali sebagai Bee Khan pada tahun 2011 namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Nedrin yang kini berusia lima tahun.

Mungkin ramai peminat Nora dan Nedim yang mengikuti perkembangan mereka di media sosial tahu pasangan ini baru sahaja bercuti di Eropah bulan lalu bersama-sama dua anak mereka iaitu Rayqal dan Nedrin.

Alih-alih, Nedim pula dedahkan di Instagram bahawa dia dinafikan hak sebagai bapa dan tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Nedrin oleh bekas isterinya itu.

Baca: “Ayah Merindui Mu” – Nedim Dilarang Jumpa Anak

Namun, Bee akhirnya ‘membuka mulut’ serta menegaskan itu merupakan satu-satunya kenyataan yang akan keluar daripada mulutnya berkenaan hal itu menerusi entri di dalam Instagram.

Everyone has a limit some people try for as long as they can to take the higher road and not stoop to another’s level … there are two sides to every story ..u chose to take advantage of my silence but excuse me some of us had to actually step up to the plate and become the parent u pretend to be on social media . Some people need to learn to have a little more dignity and not hang their dirty laundry in public in an attempt to gain sympathy . Let people live their lives in peace and stop being insanely desperate for attention that Ud use ur child to manipulate everyone else ! This is the only post and comment that I will make regarding this issue .. because unlike some people I believe certain things shouldn’t be exposed to a 5 year old child it is private and should remain so and the victim here is the child so if ur ready to preach let’s see u actually put ur child above urself for once instead of constant excuses and photo ops to make up for it to show the world ur the father u want them to believe u r . Ur right about one thing though the truth will come out ( all of it ) and Alhamdulillah for that perhaps it’s about time tak yah nak fitnah sesuka hati ! For the final time live ur life leave ours alone

A post shared by Nabilah Khan Baharuddin (@beekhan112) on

Terjemahan: @beekhan112: Setiap orang mempunyai had, sesetengah orang cuba untuk ‘pejam mata’ dan beralah…terdapat dua sisi di dalam setiap cerita..kamu pilih untuk mengambil kesempatan terhadap tindakan saya untuk berdiam diri tetapi maafkan saya, sebahagian daripada kita perlu ambil tindakan (terhadap sesuatu) dan menjadi ibu bapa yang kamu ‘lakonkan’ di media sosial.

“Sesetengah orang perlu belajar untuk mempunyai maruah dan tidak memukul canang aib mereka secara umum dalam usaha untuk meraih simpati. Biarlah orang lain jalani kehidupan mereka dengan aman dan hentilah menjadi terlampau terdesak untuk dapatkan perhatian sehingga kamu menggunakan anak kamu untuk memanipulasi orang lain!

“Ini merupakan satu-satunya entri dan komen yang akan saya buat mengenai isu ini… kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya bukan semua benda kita boleh dedahkan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun. Ianya sesuatu yang sulit dan sepatutnya dikekalkan sebegitu dan mangsa sebenarnya ialah kanak-kanak itu sendiri.

“Jadi jika kamu sedia untuk ‘berkhutbah’, mari lihat jika kamu benar-benar meletakkan anak di tempat yang lebih tinggi berbanding diri sendiri, daripada membuat alasan yang tak sudah-sudah dan ‘peluang bergambar’ untuk menunjukkan kamulah ayah yang dicanang-canangkan kepada seluruh dunia.

“Namun, kamu betul dalam satu perkara. Kebenaran akan terbukti (semuanya sekali) dan alhamdulillah untuk itu kerana mungkin inilah masanya tak yah nak fitnah sesuka hati!

“Buat kali terakhirnya; teruskan kehidupan kamu dan jangan ganggu kami.”

Fuhh! Macam serius je kesalahan Nedim tu pada mata Bee!

Tetapi apa-apa pun, harap mereka berdua dapat menemui jalan penyelesaian yang baik demi anak mereka. Apatah lagi, kedua-duanya pun sudah berkahwin baru. Lebih baik turunkan ego masing-masing daripada memperjudikan masa depan anak, kan? – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top