Bukan Berita Online Biasa

“Tak Tahu Macam Mana Boleh Belanja RM10K!” – Elfira

in Artis/Utama & Sensasi

AMBOI seronok betul pelakon cantik, Elfira Loy beli-belah alat solek di Los Angeles!

“Saya habiskan hampir RM10,000 dekat Sephora, mampus! Tak tahu lah kenapa jadi macam ni. Tapi sebabkan dah sampai kaunter, kita terima je lah!”

Itulah yang dikatakan oleh pemilik nama sebenar, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23 itu menerusi video Unboxing Los Angeles Sephora Haul yang dimuat naik di dalam akaun YouTube miliknya, Twink3l TV pada Sabtu lepas.

Pelakon yang bakal mendirikan rumah tangga itu dikatakan telah berkunjung ke Los Angelas bagi menghadiri sebuah acara di sana dan dia sempat ‘menyelam sambil minum air’ apabila telah berkunjung ke kedai kosmetik kegemaran ramai wanita, iaitu Sephora!

“Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam.

“Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora,” katanya.

Namun tak semua yang dibeli merupakan barang miliknya. Sebaliknya ada beberapa antaranya telah dikirim oleh rakan dan adiknya sendiri, Esliza Loy.

Apa yang lebih lucu ialah apabila El memberitahu bahawa ada sesetengah barangan itu dia hanya membelinya kerana ianya limited edition dan packaging yang comel.

Selepas dua hari dimuat naik, video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 200,000 kali!

Dalam masa sama, ramai netizen telah berkongsi reaksi pertama mereka apabila mendapat tahu bahawa pelakon berkenaan menghabiskan banyak duitnya di sana.

Biasalah, manusia ni mana boleh tengok orang lain senang sikit kan. Ada juga netizen yang hatinya hitam telah meninggalkan komen yang sangat menyakitkan hati!

Kata mereka kononnya Sufian Suhaimi perlu bertabah diatas kerenah El yang gila shopping kerana takut nanti duitnya habis kepada bakal isterinya itu.

Aduhai, kenapa nak kesian pada Sufian pula? Sedangkan El ada duit dia sendiri, jadi tak ada sebab untuk dia menggunakan wang bakal suaminya itu untuk membeli barang makeup miliknya.

Selain itu, ada juga netizen yang menjadikan El ini sebagai idola mereka dan inspirasi untuk berjaya.

Masakan tidak, di usia yang muda seperti itu, El sudah mampu memiliki kenderaan mewah sendiri dan dalam masa yang sama megusahakan perniagaan baju dan tudung miliknya.

“Kenapa aku shopping banyak sangat! Taknak dah beli makeup.

“Tapi kalau nak buat Sephora haul lagi, kita kena beli makeup kan Ma kan,” seloroh El bersama ibunya di hujung video tersebut.

Lalu kata-kata itu dibalas oleh ibunya, Filzah Yusoff.

“Ehhh beli-beli takpe. Duit dia yang habis, bukan duit Aunty so apa nak risau. Kahwin nanti duduk rumah setinggan je,” ujarnya sambil tertawa.

Rupa-rupanya El lupa yang dia akan berkahwin pada tahun hadapan! Alahai El, lucu je awak ni boleh pula terlupa ya.

Apa pun tak ada salah sebenarnya apa yang dilakukan oleh El tu. Mungkin itu ialah ganjaran kepada dirinya sendiri selepas beberapa tahun berkerja keras demi mencapai impiannya.

Jadi korang semua jangan cemburu okay! Jangan nak cakap itu ini sebab dia langsung tak pakai duit kalian untuk beli semua barang makeup dia! – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top