Bukan Berita Online Biasa

Takziah… Tiga Sharifah Kehilangan Bapa Tersayang

in Artis/Utama & Sensasi

SALAM takziah buat keluarga Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta, malam semalam.

Allahyarham bapa mereka, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.15 malam di Hospital Ampang.

Memetik sumber, kami di Mynewshub difahamkan bapa tiga selebriti itu meninggal dunia akibat mengalami jangkitan kuman.

Perkhabaran duka tersebut telah dikongsi oleh Syarifah Syahirah menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen di laman sosial tersebut.

“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak saudara. Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah,” tulis Shahirah.

Rata-rata yang membaca perkongsian itu turut merasai kesedihan tersebut dan tampil mengucapkan takziah selain berharap selebriti ini tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Sekali lagi takziah buat keluarga Sharifah daripada pihak kami di atas kehilangan yang amat besar itu.

Semoga kalian tabah menghadapi dugaan dan mudah mudahan roh dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top