Bukan Berita Online Biasa

Bangi Wonderland Sasar 500K Pengunjung Setahun

Bangi Wonderland Sasar 500K Pengunjung Setahun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BANGI – Taman tema air dan resort Bangi Wonderland yang baru dibuka akan menjadi salah satu destinasi dan tarikan baharu bagi warga Lembah Klang untuk berlibur bersama seisi keluarga.

Pengurus Besar Wonderland (Bangi) Theme Park Sdn. Bhd., Steven Chang berkata, pihaknya menyasarkan lebih 500,000 pengunjung dalam masa setahun serta menawarkan 16 jenis permainan berasaskan air.

“Sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air disediakan kepada pengunjung, antaranya Water Cannon, Surf Rider, Boomeriang, Kid’s Adventure, Magic Funnel dan Wonderloop,” katanya.

Tambah Chang, Water Cannon merupakan antara permainan yang menjadi tarikan utama di taman tema air itu.

Bangi Wonderland Sasar 500K Pengunjung Setahun

Bangi Wonderland Sasar 500K Pengunjung Setahun

Bangi Wonderland Sasar 500K Pengunjung Setahun

Selain itu, lokasinya yang strategik iaitu terletak di antara Bangi, Nilai dan Semenyih memudahkan warga kota untuk berkunjung ke sana.

Harga tiket yang ditetapkan pula sangat berpatutan iaitu bermula dari RM48 bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 130 sentimeter (cm) dan RM58 untuk dewasa.

Kanak-kanak di bawah 130cm dan orang dewasa yang bukan warganegara Malaysia dikenakan bayaran RM60 dan RM70, selain diskaun 50 peratus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Selain daripada itu, pihak Bangi Wonderland turut menyediakan pakej-pakej keramaian atau majlis persendirian bagi pengunjung yang berminat.

Pengunjung boleh mendapatkan keterangan lanjut berkaitan pakej yang disediakan menerusi talian 03-8912 8333 ataupun e-mel di sales@bangiwonderland.com.my serta melayari laman sesawang www.bangiwonderland.com.my. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top